MAKMAL ICT

PERUBAHAN DI MAKMAL ICT PADA TAHUN 2012

Pada tahun 2011, Makmal ICT telah diubahsuai untuk kegunaan semua guru dan murid. Pada asalnya makmal ini hanya dimuatkan 20 buah komputer. Tetapi pada tahun 2011, terdapat penambahan komputer dari 20 buah kepada 40 buah komputer. 

Penambahan jumlah komputer berlaku adalah kerana keprihatinan guru besar, En Isa Bin Abu melihat kepentingan penggunaan makmal ICT secara menyeluruh. Unit ICT berterima kasih dan menghargai perancangan guru besar untuk warga SK Taman Puteri Wangsa. 

Selain itu sekolah juga dilengkapkan dengan talian tanpa wayar (wifi) pada tahun 2011. Pemasangan wifi ini dapat memudahkan guru-guru mengakses ke talian maya (internet).

Pada tahun 2012, unit ICT juga telah mengaktifkan semula blog rasmi sekolah dan laman sosial rasmi sekolah diwujudkan. 

Pada akhir tahun 2012, penyaman udara telah dibaikpulih agar semua murid dapat belajar dalam keadaan selesa ketika di dalam Makmal ICT. 

Terdapat banyak lagi perancangan yang akan dijalankan oleh pihak Unit ICT SK Taman Puteri Wangsa untuk memudahkan warga sekolah dan murid-murid serta para ibu bapa agar dapat mengetahui perkembangan dan maklumat sekolah. 

Unit ICT berterima kasih kepada semua warga sekolah dan PIBG di atas komitmen yang diberikan untuk pembangunan warga sekolah dan murid-murid.

SEBELUM PERUBAHAN





SELEPAS PERUBAHAN